Beliau menjadi Ahli Parlimen Sandakan selepas memenangi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen tersebut pada Mei lalu.

PRK Parlimen Sandakan diadakan pada 11 Mei lalu ekoran kematian penyandangnya yang juga bapa kepada Shir Yee, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof kemudian mengucapkan tahniah kepada Shir Yee serta mendoakan agar Ahli Parlimen itu dapat berkhidmat kepada negara. - UTUSAN ONLINE