Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam tempoh yang sama, tuntutan tebus rugi bagi telefon sebanyak 196 kes, kereta (160 kes), barangan elektrik (145 kes) dan perabot sebanyak 122 kes.

Bagi perkhidmatan pula, katanya, pemfailan tuntutan tebus rugi yang mencatatkan pemfailan tertinggi adalah perkhidmatan agensi pelancongan iaitu sebanyak 202 kes, pengubahsuaian rumah (196 kes), pembaikan kenderaan (112 kes) dan pendidikan sebanyak 102 kes.

“Tribunal tuntutan pengguna menjadi satu saluran alternatif kepada rakyat untuk fail tuntutan tebus rugi berkenan pembelian barangan dan perkhidmatan.

“Tribunal ini menjadi platform untuk pemfailan tuntutan. Tribunal tuntutan pengguna akan meneliti semua fakta dan keterangan yang dberikan pengguna. Tribunal ini lebih mudah, murah dan cepat. Murah sekadar RM5 untuk membuat fail tuntutan,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (PH-Johor Bahru) yang bertanyakan mengenai jenis-jenis jumlah tuntutan yang paling tinggi pada tahun ini. - UTUSAN ONLINE