Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata, ini merupakan satu daripada langkah kerajaan memperluaskan peranan Perkeso termasuk menetapkan hala tuju baharu.

“Kita bercadang setiap suri rumah juga mendapat perlindungan Perkeso. Ini dalam proses menyediakan undang-undang tertentu untuk memberi manfaat kepada mereka iaitu sebanyak 1.4 juta orang,” katanya sewaktu sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) yang bertanyakan mengenai perancangan Perkeso terhadap pencarum-pencarum termasuk hala tuju baharu. - UTUSAN ONLINE