Penganjuran program korban itu turut mendapat kerjasama Impian Bumi Kasa Sdn. Bhd., Mildef International Technologies Sdn. Bhd. serta masyarakat setempat.

Pengerusi Yayasan Perisai Perkasa Malaysia merangkap Pengarah Urusan Impian Bumi Kasa Sdn. Bhd., Dato Sri Mohd. Nizam Kasa berkata, program korban itu merupakan satu tangungjawab sosial korporat pihaknya.

"Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anggota polis, tentera dan penduduk tempatan.

"Dalam program ini, kami turut menyampaikan bantuan kepada seramai 20 individu iaitu asnaf yang memerlukan," katanya.

Yang turut hadir menjayakan program, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din.

Program yang menyaksikan dua ekor lembu ditumbangkan itu dihadiri seramai kira-kira 400 orang. - UTUSAN ONLINE