AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluara Nora Anne selepas gadis itu dijumpai mati kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya di Seremban, kelmarin. - UTUSAN ONLINE

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut mengucapkan terima kasih kepada sokongan diberikan oleh pasukan penyelamat dari Malaysia, Britain, Perancis dan Ireland dalam usaha pencarian mangsa yang hilang selama 10 hari di kawasan resort dikunjungi bersama ibunya.

“Yang di-Pertuan Agong juga menasihati orang ramai untuk tidak membuat sepkulasi terhadap kematian remaja warga Ireland itu sehingga pihak polis menyelesaikan penyiasatan mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nora Anne ditemukan mati oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya di The Dusun Hill di Pantai, Seremban kira-kira pukul 1.57 petang kelmarin.

Mayatnya dijumpai dalam keadaan sempurna di kawasan lurah oleh sepasukan pendaki yang turut menyertai operasi SAR kehilangan gadis tersebut.- UTUSAN ONLINE