Y15ZR Doxou bakal berada di pasaran pertengahan bulan ini pada harga RM8,868 manakala NVX Doxou akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pemilik kedua-dua model berkenaan juga akan menerima cenderahati eksklusif edisi khas Doxou berupa fonkepala, rantai kunci dan sijil yang diukir maklumat enjin dan casis motosikal masing-masing.

Kedua-dua model berkenaan diperkenalkan bersempena pelancaran pakaian sukan keluaran Yamaha, Doxou yang dipertontonkan buat pertama kali kepada umum dalam Karnival Yamaha Gen Blu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd., Datuk Jim Khor.

Sementara itu, Karnival Yamaha Gen Blu pada kali ini turut mencatat rekod baharu Malaysia Book of Records dengan penyertaan 11,836 buah motosikal Yamaha dari seluruh negara. -UTUSAN ONLINE