Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sehingga itu beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat atau gambaran jelas mengenai perkara tersebut daripada Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) selaku agensi bertanggungjawab.

“Saya akan adakan perbincangan lanjut dengan Jabatan Perikanan bagi melihat sejauh mana seriusnya situasi tersebut.

“Jika perlu, saya fikir kita perlu merangka satu akta baharu atau meminda mana-mana akta sedia ada untuk menangani hal ini di masa depan,” katanya mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berhubung kewujudan spesies ikan larangan atau spesies alien di kawasan perairan di pantai timur.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi pertemuan bersama ejen-ejen pengembangan perikanan yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Dr Bah Piyan Tan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini. - BERNAMA