P. WAYTHA MOORTHY

Lawatan ke Kelantan diadakan selepas 14 penduduk Orang Asli Suku Bateq di Kuala Koh, Gua Musang dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan dan radang paru-paru atau Pneumonia sejak 2 Mei lalu.

Sumber berkata, pihak hospital kini sedang menjalankan ujian terhadap Waytha Moorthy bagi mencari punca beliau tiba-tiba jatuh sakit.

Katanya, menteri tersebut mengalami masalah demam dan selesema, di samping berdepan gejala muntah-muntah serta cirit-birit.

“Beliau tidak mampu untuk menghadiri mesyuarat Kabinet hari ini dan berkemungkinan terpaksa membatalkan kesemua program yang telah dirancang sepanjang minggu sehingga maklumat terkini diberitahu kelak,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today hari ini.

Difahamkan, Waytha Moorthy menghabiskan masa sekurang-kurangnya empat hari di perkampungan Orang Asli berkenaan. – UTUSAN ONLINE