AHMADU
AHMADU

Ahmadu Mamat, 69, dikatakan keluar dari rumah kira-kira pukul 5 petang pada 4 Januari lalu dengan membawa bersama dokumen pengenalan diri.

Menurut anak tunggalnya, Mohd. Nazri, 33, sebelum itu berlaku perselisihan faham antara dia dan bapanya yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memberi sejumlah upah kepada pemandu lori untuk memindahkan barangan lusuh.

"Selepas solat Asar, bapa keluar rumah dan saya nampak dia berjalan kaki menuju kampung berdekatan. Saya ingat dia akan pulang semula tetapi sehingga hari ini dia tidak pulang membuatkan kami bimbang dengan keselamatannya kerana bapa kini sudah mulai nyanyuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kampung Baru di sini.

Menurutnya, dia telah mencari bapanya di beberapa lokasi termasuk Masjid Kampung Hulu iaitu tempat bapanya pernah bekerja namun masih tidak berjumpa sebelum membuat membuat laporan kehilangan Ahmadu di Balai Polis Bukit Baru.

Isteri Ahmadu, Petimah P.K Maidoni, 59, berkata, ini merupakan kali pertama suaminya bertindak sedemikian dan tidak menyangka dia akan menghilangkan diri sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terjumpa warga emas berkenaan diminta menghubungi Mohd. Nazri di talian 017-6389802 atau mana-mana balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE