Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 9.06 pagi.

"Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan itu.

"Apabila tiba di situ, didapati benar terjadi letupan gas dan terdapat seorang wanita melecur sebanyak 50 hingga 80 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, anggota bomba telah memastikan tiada apa-apa punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Menurutnya, wanita berkenaan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE