Tiba-tiba saja ramai yang mahu kelihatan tua dan telah menggunakan aplikasi yang disediakan bagi menukar wajah menjadi tua hingga ke tahap sangat tua.

Nampak gayanya wajah warga emas kini mungkin lebih kelihatan berwibawa dan matang menarik minat orang ramai mencuba aplikasi tersebut.

Mungkin juga kerana kehebatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-94 dan menjadi pemimpin nombor satu negara buat kali kedua telah menjadi inspirasi kepada fenomena tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak melepaskan peluang untuk sama menggunakan aplikasi trending, tetapi agak kelakar apabila beliau kelihat lebih muda berbanding anaknya Ashman.

najib-tua
 

Ramai juga artis yang tidak melepaskan peluang untuk membuat hantaran di media sosial menggunakan gambar yang diubah suai menjadi tua termasuk Zizan Razak.

Bagaimanapun yang agak lucu beredar juga gambar para pemimpin utama Pakatan Harapan yang diubah menjadi usia remaja juga menggunakan aplikasi dan ia sangat comel.

comel