Video MEDIA SOSIAL

Kejadian berlaku pagi tadi ketika Norhizam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP kawasan Pengkalan Batu hadir di taman tersebut bagi menghadiri sesi dialog dan sidang media berhubung penutupan jalan pintas antara Taman Akasia menuju ke Taman Kerjasama di Bukit Beruang.

Bagaimanapun, program sesi dialog yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan penduduk meminta Norhizam segera memberikan penjelasan mengenai penutupan jalan pintas berkenaan.

NORHIZAM HASSAN BAKTEE
NORHIZAM

Menurut Norhizam, apa yang tersebar dalam laman sosial menerusi video berkenaan adalah secebis daripada perkara sebenar apabila ada beberapa bahagian, lebih-lebih lagi fakta sebenar berhubung penutupan jalan pintas Taman Akasia-Kampung Pulau Nibong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu tidak disebarkan.

“Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya. Sisi saya mendengar atau memuji, menyokong atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapa.

“Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ini merupakan kejadian tular kedua membabitkan Norhizam ketika melaksanakan tugasnya selaku Exco kerajaan negeri yang rakaman videonya tular dalam laman sosial.

Pada 30 Ogos lalu, beliau pernah mengetuai serbuan bersama pasukan penguat kuasa di sebuah setor yang didakwa menyimpan baja subsidi diseleweng di Kampung Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di Jasin apabila tular rakaman beliau `bertengkar' dengan seorang lelaki. - UTUSAN ONLINE