Terbaharu, Persatuan Kanu Malaysia (Masca) tampil dengan membuat pembelian secara pukal sebanyak 5,000 naskhah bernilai RM10,000.

Presiden Masca, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, sokongan tersebut merupakan tanda solidariti kepada perjuangan akhbar Utusan Malaysia khususnya sekali gus membantu warga kerja Kumpulan Utusan.

“Utusan Malaysia ini sangat sebati dengan saya, malah saya mula didedahkan dengan akhbar ini sejak dibangku sekolah lagi.

“Dengan cara ini saya percaya sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi syarikat akhbar ini untuk meneruskan perjuangannya,” katanya dalam majlis Penyerahan Tajaan Pembelian Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkifli Hamzah; Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkeflee Bakar; Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaman Ismail dan Pengarang Meja Sukan, Norzie Khasbi. - UTUSAN ONLINE