Video oleh AZLAN BAHRUM

Penegasan itu dinyatakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap dalam Himpunan Aman Bantah Penghinaan kepada Rasulullah di pekarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, kuasa politik yang dimiliki kalangan pemimpin PH yang beragama Islam bukan semata-mata untuk mencari kesenangan di dunia sebaliknya untuk mempertahankan agama Allah.

"Ingatlah kalau ada elemen mereka yang hina Nabi Muhammad SAW, kerajaan yang ada hari ini tidak bertindak segera, maka kita wajib bangkit menumbangkan kerajaan yang ada pada hari ini.

orang ramai
JEMAAH masjid hadir mendengar ucapan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada perhimpunan aman membantah penghinaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W selepas solat Jumaat di Masjid Rhu Muda, hari ini. - UTUSAN ONLINE/ZZLAN BAHRUM

"Kita harus ingat kemenangan tidak ada makna kalau Nabi Muhammad SAW dihina, dimaki hamun dan dicerca. Ingatlah, harta benda kita tak ada nilainya kalau Nabi dicerca dan kita berpeluk tubuh tanpa bertindak sesuatu," katanya.

Himpunan yang diadakan serentak di seluruh negara sejurus selepas solat Jumaat itu turut disertai Yang Dipertua Pas Marang, Yahaya Ali; Ketua Penerangan Pas Marang, Sulaiman Sulong dan Ketua Dewan Pemuda Pas Marang, Yusuf Abdul Hadi. - UTUSAN ONLINE