Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak menetapkan sebarang tempoh untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Siasatan masih belum memperoleh sebarang keputusan. Biarkan pihak polis menjalankan tugasnya sebelum ia (hasil siasatan) diserahkan kepada saya dan Ketua Polis Negara.

“Selepas itu, kita akan serahkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) untuk rujukan seterusnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitiri Menteri Wilayah Persekutuan bersama warga Polis Diraja Malaysia di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad; Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, siasatan tersebut memerlukan tempoh masa yang panjang dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

“Kita tidak mahu ada individu teraniaya akibat siasatan yang tergesa-gesa dan terdapat prosedur tertentu harus diikuti.

“Kita juga amat berhati-hati dalam siasatan ini selain mendapatkan panduan dari pejabat peguam negara,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE