Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, siapa pun mereka, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa ke atas dalang dan penyebar mengikut undang-undang negara.

Amirudin yang merupakan seorang daripada 27 pemimpin kanan PKR yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menambah, sesiapa pun jangan berlaku kejam atau menganiaya orang lain demi kepentingan diri.

“Segalanya telah terlerai dan janganlah sambung cerita-cerita ini. Sudah 20 tahun cerita ini berulang dan orang menolaknya. Individu yang melakukannya (dalang dan penyebar) ketinggalan zaman.

“Prinsipnya jangan berlaku kejam dan menganiaya orang. Move on (tinggalkan), banyak perkara yang nak diselesaikan dalam negara yang perlu diperbetulkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video seks sejenis membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki adalah tulen, namun Cybersecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.-UTUSAN ONLINE