Video oleh AZRUL NAIMI ABDUL JALIL

Acara yang julung kali diadakan itu dianjurkan Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (SEM) dan akan berlangsung pada 21 April ini di Seksyen 27 di sini.

"Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEM dengan tujuan mengeratkan hubungan kami dengan masyarakat setempat.

"Di samping itu, kami berharap ia juga dapat menggalakkan budaya hidup sihat sambil mengeratkan keakraban kejiranan kita," kata Timbalan Pengarah Urusan SEM, Ting Yang Chung pada sidang akhbar sejurus selepas majlis pelancaran tersebut, di sini hari ini.

Majlis pelancaran itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Mohd. Khairuddin Othman.

Beliau turut menambah, pihaknya hanya menyasarkan 3,000 peserta namun telah menarik sebanyak 3,600 penyertaan yang melakukan pendaftaran dalam talian baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin ketika berucap dalam majlis tersebut berkata, inisatif SEM merupakan antara satu contoh sokongan pihak swasta terhadap inisiatif yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

"Selain menyumbang dari segi ekonomi, inisiatif SEM ini merupakan satu sumbangan dalam menyokong inisiatif Smart Selangor dengan sasaran menjadikan negeri ini sebagai satu negeri terbaik dalam ASEAN menjelang 2025," katanya.

Pada 21 April nanti, acara itu akan berlangsung dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari dan terbahagi kepada dua iaitu meliputi jarak 3km dan 6.5km.

Selain pingat, peserta yang bertuah bakal membawa pulang hadiah cabutan bertuah berupa barangan Sharp dengan jumlah barangan ditawarkan bernilai hampir RM50,000.

Di samping itu, kumpulan pelari dengan pakaian yang paling unik akan turut menerima hadiah berupa baucer barangan Sharp. - UTUSAN ONLINE