Bagaimanapun, sasaran awal jurufoto Utusan Malaysia itu untuk melakukan 24 kali pendakian tanpa henti dalam tempoh 24 jam tidak kesampaian.

Beliau yang memulakan misi berkenaan kira-kira pukul 9.05 minit semalam mengakhiri cabaran berkenaan pada pukul 9.29 pagi ini.

"Dalam misi kali ini, saya berjaya naik dan turun 2,120 anak tangga Menara KL ini sebanyak 21 kali sahaja dan hanya berehat selama 25 minit untuk menunaikan solat Jumaat semalam.

"Sebelum melakukan misi ini, saya telah melakukan pelbagai latihan termasuk mendaki bukit terutama pada hujung minggu selain mendaki tangga di bangunan 10 tingkat selama dua hingga empat jam setiap hari sebelum cabaran ini bermula," katanya selepas majlis pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) yang berlangsung di sini hari ini.

Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan wakil MBOR, Nur Asyikin Ramli.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu Datuk Zubir Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Meor Shahril Anuar dan Pengasas Kopi Pak Belalang, Datuk Seri Dr. Rozaini Hassan, selaku penaja utama Kopi Pak Belalang KL Tower Staircase Climbing 2016.