Kini muncul satu lagi kedai kopi What’s On Tap di Plaza Mont Kiara yang menyajikan kopi dengan cara yang sangat berbeza daripada yang ada di pasaran dan antara minuman yang merupakan menu istimewa ialah kopi dicampur dengan oren iaitu diberi nama Orange Nitro Fizz. Ia adalah salah satu daripada berbelas jenis kopi yang terdapat di dalam menu kafe berkenaan.

kp3
 

Ketua Barista dan pengasas What’s On Tap, Eric Chung yakin konsep yang dibawa oleh mereka mampu menarik peminat kopi untuk mencuba sesuatu yang berbeza.

Pengalaman yang ditimba ketika bekerja di Melbourne, Australia digunakan sepenuhnya bagi mencipta kelainan dan menjadi kelebihan kepada kedai kopi berkenaan.

Eric bekerja yang memulakan kerjaya sebagai pelayan restoran dan akhirnya menjadi pengurus kafe dan ketua bahagian panggangan kopi sangat komited dengan konsep yang baharu dibawa.

Bagi mereka yang tidak gemarkan kopi, kafe berkenaan turut menyedia pelbagai minuman berasas susu yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga baik untuk kesihatan.

Minuman yang luar biasa itu dilengkapkan dengan kek yang enak seperti kek pisang.

Suasana di kafe juga memang luar daripada kebiasaan ia menerapkan konsep putih serta terbuka yang memberi kesegaran dan kopi pula dikisar di dalam kedai memberi aroma kopi pasti digemari oleh peminat kopi. Biji kopi pula diimport dari India, Jepun, Afrika dan tempatan.

kp2