Ketua Pengarahnya, Datuk Amiruddin Ariffin berkata, kerja-kerja baik pulih itu dijangka bermula bulan depan dengan keutamaan diberikan kepada premis yang menumpang di balai raya atau dewan orang ramai agar suasana dan kemudahan lebih kondusif.


“Tahun lepas kita berjaya menaik taraf 356 tabika, dan tahun ini usaha tersebut bakal diteruskan melibatkan 300 buah lagi,” katanya.


Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Apresiasi Kemas Terengganu yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Stadium Tertutup, Gong Badak di sini hari ini.


Yang hadir sama,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; kalangan Exco kerajaan negeri dan Pengarah Kemas negeri, Dr. Faridah Mat.


Seramai 2,500 anggota Kemas seluruh negeri berhimpun dalam majlis tersebut bagi memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.-UTUSAN ONLINE