Bagaimanapun katanya, pihak Cybersecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.

"Jawapan yang kami terima, mereka kata tulen. Tapi mereka tak dapat sahkan 100 peratus siapa pelaku-pelaku dalam tu (video).

"Saya selaku ketua polis negara tidak boleh memandai-mandai… perkara itu menjadi subjek dalam perbicaraan sekiranya dibawa ke muka pengadilan.

"Saya harap orang ramai khususnya faham tentang kekangan tanggungjawab saya sebagai ketua polis negara," katanya dalam satu rancangan televisyen terbitan RTM, malam tadi seperti yang dipetik oleh Malaysiakini. - UTUSAN ONLINE