Menerusi satu hantaran video yang dikongsikan akaun Facebook Tok Mat Hasan FC, warga emas itu memberhentikan motosikal yang ditungganginya dan kemudian memarahi beberapa anak muda yang menyertai flashmob itu.

“Ini Rantau bukan tempat engkau, bukan tempat apa, jangan buat mengada-ngada,” sambil diikuti sorakan beberapa penyokong Barisan Nasional.


Mungkin kecewa, lelaki tersebut menyifatkan orang Melayu yang menyertai flashmob itu sebagai tidak bermaruah lalu meninggalkan kumpulan tersebut.


Kumpulan penyokong PH itu kemudian dihampiri dua anggota polis yang meminta mereka beredar serta tidak meneruskan aktiviti mereka di hadapan balai polis tersebut. - UTUSAN ONLINE