Dalam satu majlis yang diadakan di pelabuhan Yangon kira-kira pukul 5.30 petang (waktu Malaysia) tadi, Ketua Misi Kemanusiaan Malaysia, Food Flotila for Myanmar, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyerahkan sumbangan tersebut kepada Menteri Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula Myanmar, Dr. Win Myat Aye.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Mohd. Haniff Abd Rahman.


Video oleh HAFIZ JOHARI

Kapal Nautical Aliya yang berlabuh di perairan Myanmar kira-kira pukul 11.20 malam semalam (waktu Malaysia) mula dikemudi memasuki dermaga pelabuhan Yangon oleh jurukemudi Pelabuhan Antarabangsa Thilawa pada pukul 1.40 petang (waktu Malaysia).

Perjalanan dari lokasi berlabuh ke dermaga pelabuhan Yangon yang jaraknya 10 batu nautika mengambil masa kira-kira tiga jam dan Nautical Aliya merapat ke dermaga pelabuhan pada pukul 4.40 petang waktu Malaysia. - UTUSAN ONLINE