Pengarah Eksekutif Sibermedia, Ainol Amriz Ismail berkata, kakitangan PBT yang berminat hanya perlu membayar yuran kursus RM1,699 termasuk bayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berbanding RM1,799 selepas tempoh berkenaan.

kursus sibermedia
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Malaysia Kelantan,  Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob (kanan) turut mencuba peralatan MoJo ketika berkursus di UMK, baru-baru ini.

Menurut beliau, kursus intensif selama tiga hari itu akan memberikan pendedahan kepada kakitangan PBT untuk mempelajari selok belok pengurusan media, selain diberikan ilmu berkaitan rakaman video dan suntingan menggunakan telefon pintar serta praktikal fotografi acara.

“Kursus ini julung kali diadakan dalam skala besar khusus untuk PBT dan mereka boleh mula mendaftar untuk menyertai kursus berkenaan kerana tempat adalah terhad iaitu 150 peserta sahaja.

“Sebelum ini Sibermedia telah beberapa kali mengadakan kursus ini kepada pelbagai agensi serta institusi pengajian tinggi dan ia menjadi kursus paling popular dan sentiasa dinantikan peserta,” katanya di sini hari ini.

kursus sibermedia
Penggunaan peralatan terkini sebagai alat bantuan mengajar memberikan perspektif lebih luas kepada para pe

Katanya lagi, antara modul yang akan dipelajari peserta adalah kaedah pengurusan media yang baik, penulisan siaran media terkini, kaedah sidang media serta kit media digital.

“Lebih menarik dalam kursus ini, peserta akan diajar mengenai rakaman video dari pelbagai sudut dan menyuntingnya dengan hanya menggunakan telefon pintar, selain diajar ‘voice over’ dan ‘standupper’ di hadapan kamera selain melakukan ‘Live” di media sosial dengan profesional,” ujar Ainol Amriz lagi.

kursus sibermedia
Dengan hanya menggunakan telefon pintar, para peserta boleh menghasilkan satu video yang profesional.

Pada masa yang sama, dari sudut fotografi acara pula, peserta akan ditunjukkan cara merakam gambar, penyusunan jurufoto semasa acara dijalankan dan ‘do and don’ts’ semasa acara dijalankan di mana ia akan melancarkan acara yang dianjurkan PBT.

Tambah Ainol Amriz, kursus kali ini ada kelainan, di mana kesemua 150 peserta yang hadir selama tiga hari ini layak secara automatik menyertai Pertandingan Video Pendek Pelancongan PBT 2019.

“Hadiah-hadiah menarik bakal menanti pemenang. Video ini akan dibuat oleh peserta kursus sekembalinya mereka di PBT masing-masing dengan fokus utama adalah kawasan pelancongan yang boleh dipromosikan kepada umum sempena Tahun Melawat Malaysia 2020,” katanya.

kursus sibermedia
Para peserta akan turut diajar bagaimana bercakap di depan kamera untuk menghasilkan video yang menarik. 

Sibermedia dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia juga akan melancarkan ruangan baru #PBTmesramedia di mana kesemua 150 peserta akan dijemput menjadi penulis jemputan di akhbar itu bagi mempromosikan aktiviti PBT masing-masing, selain paparan berita di dalam portal Utusan Online.

Sebarang pertanyaan mengenai kursus dan pendaftaran bolehlah menghubungi 011-57678055 (Mariatul) atau 03-92324622 dan 03-92322680 (Izhaan/Emma).

kursus sibermedia
Latihan akan diberikan untuk memberikan pemahaman yang lebih baik kepada para peserta. 

“Jangan tunggu lama untuk mendaftar kerana inilah peluang terbaik menimba ilmu pengurusan media, selain bertukar pandangan dengan rakan PBT seluruh negara.

“Kepada PBT, kami telah pun menghantar surat dan makluman menerusi e-mel masing-masing. Jumpa anda pada 8 hingga 10 Julai ini,” kata Ainol Amriz lagi. - UTUSAN ONLINE

kursus sibermedia
Para peserta akan diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar yang sudah terlibat dalam industri media lebih 20 tahun.