Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berkata, perkara itu merupakan keutamaan Tentera Darat sebagai sebuah pasukan pengaman di peringkat antarabangsa.

"Tentera Darat akan terus mengekalkan pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Lebanon.

"Jadi, setiap pegawai dan ahli Tentera Darat perlu menghindarkan dan terlibat dalam perkara-perkara yang boleh mencemarkan disiplin dan nama baik ketumbukan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Lawatan Ulung Panglima 3 Divisyen ke Markas 4 Briged (Mekanize) di sini hari ini.

Yang hadir sama Panglima Markas 4 Briged (Mekanize), Brigadier Jeneral Reizal Arif Ismail.

Sempena lawatan itu, Markas 4 Briged (Mekanize) mengadakan perbarisan dan demonstrasi keupayaan tempur mekanize. - UTUSAN ONLINE