Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, bantuan khas berkenaan adalah yang pertama kali diberikan kepada petani sementara menunggu hasil tuaian padi.

Menurutnya, kira-kira 8,700 petani yang berdaftar di bawah KADA bakal menikmati bantuan khas berkenaan.

"Bajet kali ini memang dikatakan ibu segala bajet. Buat pertama kali, setiap petani yang berdaftar akan mendapat bantuan sama seperti nelayan.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mendengar keluhan rakyat. Dengan pengumuman ini juga, diharap tiada lagi tanah padi yang akan terbiar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Kayuhan Santai @Kok Lanas melibatkan kira-kira 200 peserta yang menyertai kayuhan basikal sejauh 21 kilometer mengelilingi pekan Kok Lanas di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE