Tinjauan pemberita di kawasan sekitar penempatan bakal-bakal jemaah Malaysia mendapati kebanyakan khemah telah siap dipasang dengan kerja-kerja pendawaian sedang dijalankan.

Beberapa juruelektrik tempatan dilihat sedang melakukan persiapan akhir bekalan elektrik ke khemah-khemah, bagi memastikan jemaah mendapat cahaya lampu dan pendingin hawa.

Mulai tahun lepas, pihak Muassasah Asia Tenggara telah memasang pendingin hawa menggantikan kipas yang dilaksanakan di semua khemah jemaah Malaysia.

“Seminggu sebelum hari wukuf, anda akan dapat lihat kesemua kawasan ini dibersihkan dan khemah dipasang dengan karpet,” kata salah seorang pegawai Tabung Haji yang mengiringi wartawan meninjau kawasan Masyair di sini, semalam.

Khemah jemaah Malaysia merupakan negara pertama dipilih pihak Muassasah untuk dipasang dengan sistem pendingin hawa di Arafah sebelum diperluaskan ke khemah negara-negara lain. - UTUSAN