Anak sulungnya, Suhazri Amrin, 23, menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UMP, Datuk Aishah Shaikh Ahmad.

Pada majlis bersejarah itu, Rahmad turut menghiburkan hadirin dengan mendendangkan lagu popularnya, Bayangan Gurauan.

Video oleh ZAMZURINA AHMAD

Menurut Rahmad, dia terharu dan bersyukur dengan pencapaian anaknya dalam bidang akademik yang kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di UMP.

"Saya sentiasa menyokong minat anak-anak dan keempat-empat mereka lebih cenderung dalam akademik, tidak seperti saya menceburi bidang seni. Saya sentiasa memberi galakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE