AFP yang memetik Datuk Bandar London, Breed sebagai berkata, beliau mempunyai 10 hari untuk menandatangani ordinan yang diluluskan semalam.

“Saya akan menandatangani ordinan itu bagi membolehkan undang-undang itu dikuatkuasa. Kita memerlukan tindakan drastik untuk melindungi generasi San Francisco akan datang, yang dilihat semakin ketagih dengan produk-produk ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dengan ini, San Franciscan menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan penggunaan dan penjualan vape. -AFP