Demikian penjelasan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataan hari ini.

Annuar menjelaskan, parti itu amat bersimpati terhadap nasib bekas kakitangan yang mengambil skim pemisahan sukarela (VSS) serta yang masih bertugas.

Namun begitu, beliau memberitahu, UMNO tidak lagi mempunyai sebarang kuasa dalam pengurusan baharu Kumpulan Utusan selepas parti itu menjual sahamnya kepada pihak swasta sejak Februari lalu.

Rentetan itu juga, kata Annuar, UMNO tidak camour tangan dalam hal ehwal editorial akhbar Utusan Malaysia keluaran syarikat berkenaan.

"Walau bagaimanapun, UMNO telah membantu atas dasar simpati dan kemanusiaan kepada kakitangan yang terlibat.

"Dengan penuh rasa simpati dan tanggungjawab, UMNO menyerahkan kepada pengurusan baharu untuk mengambil tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Dalam kenyataan itu juga, Annuar menegaskan bahawa masalah yang dihadapi Kumpulan Utusan adalah merupakan pengurusan serta perniagaan dan tidak harus dipolitikkan sama sekali. - UTUSAN ONLINE