MUNIRAH ADNAN
MUNIRAH ADNAN 

Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran Utusan Malaysia, Munirah Adnan berkata, pihaknya telah merancang pelbagai program promosi antaranya bertemu orang ramai di dua kawasan tumpuan iaitu Bukit Bintang dan di hadapan pusat beli belah Sogo.

“Promosi ini tertumpu di kawasan orang ramai, kami akan mengagihkan dua akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia kepada orang yang berada di dua lokasi ini secara percuma.

“Kami turut menggunakan khidmat penghibur jalanan terutamanya kumpulan buskers yang membuat persembahan mereka di situ bagi menarik perhatian orang ramai, “ jelasnya.

Semalam, pihak pemasaran telah mengagihkan 100 naskah akhbar Utusan dan 100 naskah akhbar Kosmo!  yang ditaja di dua lokasi berbeza di hadapan Sogo dan sebelah malamnya Bukit Bintang.

“Kami akan teruskan promosi dan program seperti ini bagi memastikan dua akhbar terbesar ini tidak terkubur. Pihak kami juga turut merancang pelbagai lagi program seumpanya selepas ini,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE