Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk Ahmad Sobri Wan Teh kepada Naib Canselor USAS, Tan Sri Profesor Dr. Nordin Kardi pada Majlis Berbuka Puasa Sumbangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang diadakan di Dewan Serbaguna USAS, semalam.

Selain itu, USAS turut menerima bantuan kewangan Ramadan bagi mahasiswi USAS berjumlah RM5,000 daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Perhubungan Negeri Perak (LKPIM) yang disampaikan oleh isteri Nordin, Puan Sri Sabariah Mohamad Shariff.

Pada majlis yang sama, LKPIM turut menyerahkan sumbangan berbentuk 50 helai telekung serta barangan lain kepada mahasiswi USAS yang terpilih.

Sebelum majlis berbuka itu, seramai 50 orang pelajar Tahfiz USAS turut diraikan.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS, Anas Mad Yusof serta rakan-rakan korporat dari Maybank, Etika Takaful Maybank, Bank Rakyat serta anak syarikat Utusan Melayu Malaysia Berhad, Sibermedia Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE