Timbalan Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM, Shahzatul Ermiza Johol berkata, penipuan itu didapati menyalahgunakan nama universiti itu untuk merekrut ekspatriat dan mendapatkan bayaran pendahuluan dengan alasan untuk permit kerja atau visa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan penipuan yang menggunakan nama UM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab melalui emel ‘Employment offer letter from University of Malaya, Malaysia’ yang mengaitkan penglibatan universiti terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahzatul Ermiza juga menegaskan bahawa semua eksesais pengambilan hanya dilakukan melalui saluran rasmi dan pihak universiti tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga atau ejen untuk bertindak bagi pihak UM untuk sebarang eksesais pengambilan.  - UTUSAN ONLINE