Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang berkongsikan perkembangan gembira itu di status Facebooknya di sini hari, berharap agar hasrat tersebut dapat ditunaikan.

Katanya, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) akan memberikan kerjasama sebaiknya untuk merealisasikan impian penubuhan universiti itu di negeri ini.

“Terima kasih semua yang terlibat. Tadi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta saya dan pasukan mencari beberapa tapak yang sesuai untuk dicadangkan.

“Insha-Allah kami menunggu kedatangan mereka. Terima kasih juga Menteri Pendidikan yang membantu,” katanya. - UTUSAN ONLINE