Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Seri Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, kerjasama itu selari dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri Revolusi 4.0).

Kata belaiu pelaksanaan inisiatif digital itu juga bakal meningkatkan penggunaan teknologi pintar bagi memenuhi keperluan operasi dan keselamatan perdagangan.

“Dengan kepakaran dalam teknologi blockchain ini, universiti akan memainkan peranan besar terutama dalam pertukaran kepakaran dan mempergiat pembangunan penyelidikan.

“Peluang bekerjasama dengan IPB ini melibatkan pembangunan penyelidikan dan perkongsian kemudahan, data, pengetahuan serta kemahiran serta lain-lain sumber untuk manfaat bersama,” katanya di sini hari ini.

Majlis menandatangi memorandum persefahaman (MoU) berlangsung sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA ‘19) baru-baru ini.

MoU itu ditandatangani oleh Daing Nasir dan Pengurus Besar IPB, Zulkurnain Ayub.

Daing Nasir berkata, UMP merupakan institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menggunakan teknologi blockchain bagi aplikasi pengesahan ketulenan ijazah yang dikenali sebagai UMP Valid8. - UTUSAN ONLINE