“Saya sekeluarga bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO turut berdukacita atas pemergian Allahyarham Bapak BJ Habibie. Hubungan peribadi beliau dengan saya berjalan sejak tahun 1980-an.

“Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya. Al-Fatihah,” kata presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi ciapan dalam akaun Twitter beliau sebentar tadi.

Habibie meninggal dunia selepas dua minggu dirawat di Rumah Sakit Pusat Angkatan darat (RSPAD) Gatot Soebroto, dekat Jakarta.

CNN Indonesia melaporkan, tokoh yang terkenal dengan jolokan Bapa Teknologi itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.05 petang ini (waktu Indonesia Barat) ketika berusia 83 tahun.

-UTUSAN ONLINE