Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tarikh tersebut telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah, 1440 Hijriah ialah pada 2 Ogos, 2019 Masehi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada Ahad, 11 Ogos 2019 Masehi,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA