Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ubranisasi luar bandar pastikan tiada rakyat ketinggalan- Zahid

umk-zahid
MORTAZA MOHAMED menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Zahidi Hamidi selepas Majlis Minggu Mesra Mahasiswa UMK di Jeli hari ini.

JELI 5 Sept. - Kerajaan membina kampus universiti di luar bandar kerana mahu proses urbanisasi di kawasan tersebut turut berlaku bagi memastikan penduduknya tidak ketinggalan dari arus pembangunan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kewujudan kampus tersebut bukan hanya memangkin kemajuan tetapi turut mengangkat taraf sosial penduduknya.

“Kerajaan mahu melihat proses urbanisasi dengan membawa kampus ke luar bandar sebagai salah satu pemangkin kepada kemajuan bukan saja ekonomi tetapi juga tahap sosial setempat.


“Ini memperlihatkan iltizam kerajaan bukan hanya berjanji tetapi pelaksanaan kepada aku janji bahawa komitmen yang dilontarkan disambut dengan pelaksanaan sepenuhnya,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Mesra Mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini hari ini.


Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Mentor UMK; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Naib Canselor UMK, Profesor Datuk Dr. Mortaza Mohamed. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain