Difahamkan, lelaki berkenaan dikatakan bertindak demikian disebabkan marah kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) mahu

memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah.

Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 13 saat itu, lelaki tersebut membaling telur ke arah pusat khidmat tersebut sambil menjerit-jerit dalam bahasa Cina.

Kejadian dikatakan berlaku di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan polis telah menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Menurutnya, suspek telah ditahan namun dilepaskan kerana laporan polis mengenainya ditarik balik.

"Suspek telah ditahan malam tadi, diambil kenyataannya dan diberi jaminan polis. Siasatan diteruskan walaupun laporan tarik balik," katanya. - UTUSAN ONLINE