Beliau berkata, selepas kerajaan Barisan Nasonal (BN) tumbang pada pilihan raya umum Mei tahun lepas, secara realitinya orang Melayu dan Islam 'ditekan hingga ke dinding'.

Kata beliau, langkah pertama dalam usaha mengembalikan maruah adalah orang Melayu dan Islam perlu berdoa dan melakukan solat hajat meminta bantuan Allah SWT.

"Kedua, orang Melayu perlu menguatkan semangat juang menolak kumpulan yang menyusahkan rakyat dalam pentadbiran melalui pilihan raya yang menjadi kunci penguasaan mereka.

"Pendekatan ketiga pula orang Melayu yang layak mesti terus mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menggunakan kuasa mengundi untuk menaikkan semula kuasa Melayu serta Islam, ' katanya hari ini.

Menurut Ramlah, langkah keempat adalah orang Melayu wajib bersatu atas keimanan sebagai umat Islam untuk menolak pemimpin yang sangat berani mempertikaikan hak ketuanan Melayu serta Islam.

Tambah beliau, pendekatan seterusnya adalah mengajak semua pihak mengembalikan kerajaan Melayu dan Islam melalui perpaduan.

"Orang Melayu-Islam terkenal dengan kehebatannya dalam pelbagai bidang harus mempamerkan kebolehan mereka sebagai pembela bangsa dan negara.

"Oleh itu pendekatan keenam mana-mana ahli pertubuhan silat wajib mendapatkan pendinding ayat ayat Quran sebagai 'pakaian' pendekar Melayu pembela bangsa, agama, raja dan negara'," tegasnya.

Tambah beliau, strategi ketujuh yang perlu diberi penekanan ialah menghidupkan semula strategi selempang merah Kiai Salleh Batu Pahat tahun 1945 menentang komunis. - UTUSAN ONLINE