Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof berkata, enam orang meninggal di Mekah manakala seorang di Madinah.

Menurutnya, waris kesemua jemaah terlibat sudah dimaklumkan mengenai kematian mereka.

“Kebanyakan mereka meninggal akibat jangkitan paru-paru dan batuk, sakit jantung dari Malaysia lagi dan pesakit kanser,” katanya selepas melawat Ibu Pejabat Tabung Haji di Abraj Al Janadriyah di sini.

Beliau memberitahu, kadar kematian pada tahun ini dapat dikurangkan berikutan inisiatif yang dibuat Tabung Haji dalam aspek pencegahan jangkitan penyakit. - UTUSAN ONLINE