Namun, setakat ini beliau yang turut menjawat jawatan Exco negeri Perak masih boleh menjalankan tugasnya seperti biasa memandangkan masih belum ada pendakwaan dibuat.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang turut memberitahu satu perbincangan akan dibuat antara beliau dengan ADUN tersebut.

"Sekarang beliau tidak dikenakan apa-apa dakwaan. Ia sekadar satu laporan dan siasatan sedang dibuat.

"Saya kira kita perlu menggantung seseorang (daripada tugasnya) apabila jawatan itu menyebabkan beliau menggunakan kedudukannya untuk mengganggu proses keadilan," katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini.

ADUN tersebut telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh semalam namun dilepaskan dengan jaminan polis. - UTUSAN ONLINE