AFP yang memetik jurucakap White House, Hogan Gidley sebagai berkata, Trump yang menghubungi Perdana Menteri India, Narendra Modi meminta India menyelesaikan ketegangan dengan negara jirannya itu bagi mengekalkan keamanan di wilayah yang sedang bergelora itu.

“Dalam pada itu, Trump dan Modi antara lain membincangkan mengenai kerjasama ekonomi antara AS dan India dan mahu mengadakan pertemuan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan semalam.

Trump sebelum ini dilaporkan menghubungi Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bagi membincangkan isu yang sama namun Imran meminta Trump untuk menjadi mediator antara kedua-dua negara. -AFP