Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pindaan mungkin hanya melibatkan akta-akta berkaitan dengan TPPA.

“Mungkin ada undang-undang yang akan dipinda misalnya untuk mengamalkan piawaian buruh yang lebih baik.

“Pindaan undang-undang juga bukan perkara baharu malah ia dilakukan di Parlimen setiap tahun,” katanya dalam Majlis Penerangan Perdana berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB), TPPA dan Bajet 2016 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menjawab soal­an seorang peserta ten­tang kebimbangan orang ramai bahawa pelaksanaan TPPA akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminda Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Mus­tapa ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut memberitahu, pelaksanaan TPPA tidak akan menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Menurut beliau, isu tersebut tidak dibangkitkan dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari China, Gao Huicheng di Beijing bulan lalu.

“Penyertaan kita dalam TPPA bukan isu besar bagi China malah negara itu tidak pernah membangkitkan kesan perjanjian tersebut terhadap hubungan antara dua negara,” jelasnya.