Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

TPM cadang tiga kawasan Parlimen dimasuk dalam NCER

tpm
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berucap perasmian ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di Dewan Pembandaran Teluk Intan hari ini. - UTUSAN/SYEFRY MONIZ

TELUK INTAN 20 Ogos - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta kawasan Parlimen Pasir Salak, Teluk Intan dan Bagan Datuk di sini dimasukkan dalam rancangan Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara itu penting untuk memajukan ketiga-tiga kawasan Parlimen yang terletak di Hilir Perak itu kerana masih ketinggalan berbanding kawasan lain di Perak.

“Walaupun ada Timbalan Perdana Menteri di Bagan Datuk, Timbalan Menteri di Pasir Salak dan Menteri di Teluk Intan, namun kita terpaksa akui ketiga-tiga kawasan ini masih ketinggalan sebab kita di kawasan hilir.

“Jadi kita mahu supaya diwujudkan satu sektor atau satu unit dalam NCER untuk lembangan Perak Hilir.

“Kita juga mahu lihat bangunan besar dibina di Changkat Jong, Teluk Intan, Kampung Gajah, Pasir Salak, Hutan Melintang dan Bagan Datuk,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Teluk Intan di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian, Datuk Azhar Jamaluddin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain