Memetik laporan Bloomberg, Tony juga telah membuat keputusan menutup akaun Facebooknya ekoran insiden terbabit.

“Jumlah kebencian yang berlaku dalam media sosial kadang kala melampau dan tidak banyak unsur kebaikannya.

“Walau bagaimanapun ‘perjuangan’ saya di Twitter mampu diteruskan,” katanya.

Tony kini mempunyai 670,000 pengikut Facebook di samping 1.29 juta pengikut dalam Twitter dan telah membuat ciapan sebanyak 20,200 kali sejak mendaftar akaun tersebut pada tahun 2008.

Beliau yang juga pemilik bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers sering mengulas mengenai prestasi syarikat dan sukan dalam kedua-dua ruangan media sosial berkenaan. - UTUSAN ONLINE