Menerusi laman Facebook miliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang dan rakyat di negeri tersebut.

“Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Innalillahiwainnalillayhirojiun.

“Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, kerabat DiRaja Pahang dan seluruh rakyat negeri Pahang di atas kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah,” katanya.

Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah.

Almarhum pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh pada tahun 1979 sehingga 1984. - UTUSAN ONLINE