Ucapan terima kasih itu dibuat Tunku Ismail dalam laman Twitter rasmi beliau yang disertakan dengan pautan laporan Utusan Malaysia berkenaan penjelasan Muhyiddin hari ini.


“Terima kasih Tan Sri. Saya berdoa semoga Tan Sri di berikan kekuatan, kesihatan dan sentiasa di berkati Allah.


“Allah peliharakan sultan,” katanya di sini hari ini.


Muhyiddin dalam sidang akhbar hari ini berkata, tindakan beberapa pihak yang mempertikaikan siapa yang lebih berkuasa untuk melantik Menteri Besar di Johor tidak seharusnya berlaku.

Muhyiddin yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor selama dua penggal memaklumkan, hal itu kerana sudah menjadi kebiasaan sejak dari dahulu yang Menteri Besar akan dilantik sultan di negeri tersebut.


Ketenangan Muhyiddin memberi penjelasan juga dipuji warga maya kerana berbeza dengan cara beberapa pemimpin lain yang dilihat mengeluarkan kenyataan mengikut emosi berhubung perkara tersebut. - UTUSAN ONLINE