Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, Hizani Ibrahim berkata, tiga Orang Asli suku kaum itu yang di kuarantin selepas menerima rawatan di hospital berasal dari Kampung Aring 5.

Katanya, mereka ditempatkan di PPS itu sejak lebih seminggu lalu selepas menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

“Keadaan kesihatan mereka dilihat bertambah baik dan sudah bebas daripada jangkitan penyakit itu selepas melakukan rawatan kesihatan.

“Ketika ini sebanyak 170 lagi Orang Asli dari Kampung Kuala Koh masih kekal tinggal sementara di PPS Etnobotani,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hizani berkata, penduduk Orang Asli suku Bateq yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan Hospital Kuala Krai telah berjaya menyesuaikan diri tinggal di PPS itu.

Katanya, sehingga petang semalam seramai 170 penduduk Orang Asli masih berada di PPS dan jumlah meningkat seramai 15 orang berbanding 155 penduduk dua hari sebelumnya.

“Kehidupan mereka yang tinggal di PPS itu semakin berubah kerana penjagaan kesihatan serta kebersihan diberi perhatian serius.

“Kita melihat mereka semakin seronok dan mereka akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila keadaan kesihatan mereka kembali pulih,” katanya.

Sebelum ini, PPS Etnobotani dibuka sejak 18 Jun lalu bagi menempatkan Orang Asli yang telah dibenarkan keluar dari hospital untuk pemantauan tahap kesihatan mereka. - UTUSAN ONLINE