Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kesemua mangsa dipercayai rentung.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hasan berkata, kereta yang terbabit dalam kemalangan itu terbakar dan tiga mangsa yang berada di dalam kenderaan itu didapati meninggal dunia.

"Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti lagi," katanya di sini hari ini.

Anuar berkata, pasukan dari Balai Bomba Triang bersama enam anggota dan sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian setelah dimaklumkan berhubung kejadian itu.

"Selain memadamkan kebakaran kereta, anggota bomba turut mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan menyelamat. - UTUSAN ONLINE